Gotong Royong

Panduan Gotong Royong Cari dan Musnah Nyamuk Aedes

  • Maksud Gotong Royong Cari dan Musnah Nyamuk Aedes
-Aktiviti beramai ramai disesuatu rumah/tempat/kawasan untuk mencari dan memusnahkan tempat tempat yang boleh membiak nyamuk aedes

  • Mengapa Gotong Royong?
-Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes untuk mencegah jangkitan demam denggi

  • Tanggungjawab Siapa?

PENDUDUK SETEMPAT

KELUARGA
 

SUKARELAWAN

  • Peralatan gotong-royong
-Sarung Tangan
-Plastik Sampah
-Penyepit Sampah

  • Cara Pelaksanaan Gotong Royong?
-Cari dan musnahkan tempat pembiakan, mulakan di rumah anda
-Awas ! Anda masih belum selamat dari jangkitan demam denggi. Teruskan dengan aktiviti cari dan musnah di persekitaran kediaman anda secara bergotong royong bersama penduduk setempat
-Beri perhatian kepada bekas-bekas tersembunyi dan musnahkan ; Bekas-bekas / sampah-sampah tersembunyi di kawasan semak, cerun/lereng, longkang tertutup, bumbung rumah
-Laporkan kewujudan rumah rumah kosong/ terbiar/ teidak berpenghuni dan sampah longgok di tempat anda kepada Ahli Majlis/ Pihak Berkuasa Tempatan/Pejabat Kesihatan Daerah

  • Cara Yang Betul Untuk Musnahkan Tempat Pembiakan 
-Kutip dan kumpul bekas-bekas kecil dalam plastik sampah dan buang di tempat yang betul
-Bekas berpotensi yang besar seperti tayar, pam tandas yang rosak, mesin basuh rosak, dan tong drum dikumpul setempat. Hubungi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan (PPSPPA) untuk pelupusan
-Masukkan abate dalam bekas besar yang menakung air atau bekas yang tidak dapat dimusnahkan. Dapatkan sampel abate di klinik klinik kesihatan berdekatan.



No comments:

Post a Comment